Trip to Setiu, Terengganu
11:02 AM | Author: Zulfahmi Aidi
Assalammualaikum,

Lame dah x menulis di blog ni. Kali ni aku nk cerita kan pengalaman aku drive ke terengganu buat kali ke 3.
1st trip aku g ngan Sham, membe aku atas urusan kerja yang x jadi n bertuka menjadi trip makan2 di area kuala terengganu yang di biayai oleh bos aka pakcik aku. Since ni 1st trip, aku gunakan Lebuharaya Pantai Timur, sbb by the time pun aku kat KL.
2nd trip aku bersama dak2 PSSCM CM. Aku, Abg Asri, Anep, Matyen dan Timah (ms tu blum ade ape2 lg). Dari Melaka, kami melalui jelai, ke muadzam, gambang, amik Timah di Petronas Gambang and direct ke Kuala Terengganu. Quite a fun journey by the time.
3rd trip ni Aku ngan Timah je pg. Kami dari KL menuju ke Setiu. Melalui jalan Gua Musang yang di guide oleh saudara suparjo. Ni plg mencabar dlm pengalaman aku dkat 6 taun memandu.
Kami bertolak pada jam 3pg dari KL. Drive nonstop smp ke Jerteh kol 11. Kami cume berhenti di Merapoh utk solat subuh. Sepanjang perjalanan tu, agak susah nk cari masjid. Maybe dah terbiasa dgn Melaka yang boleh cari masjid sepanjang jalan tu. Ada mmg ada tp seolah2 x diberitahu dari awal mcm xde signboard, tb2 je nampak tanda masjid lg 2 ke 3 meter. maybe area gua musang tu terpencil dan x ramai org kot. but yet, ni satu perkara yang maybe kerajaan negeri atau jkr pelu amik perhatian. Smp2 di jerteh, Suparjo mintak kami menunggu di Masjid Hadari Jerteh. Besar masjid nye, tp kawasan parking sikit, tandas kecik. seolah2 macam tidak cukup memudahan bagi penduduk or kariah sekitarnya.
Lebih kurang jam 12, suparjo pun tiba dan katanya nk ajk kitorg mkn rojak. Timah yg ske rojak pun excited la. ikut la kete joe. dok ngekor kete joe agak jauh, kami pun pelik la, xkan la nk mkn rojak kne g jauh2 smp ke ceruk (drive more than 10km tu la). Then aku call la Joe, Joe ckp direct g umah ISE kat Permaisuri. huhu. Kempunan timah nk makan rojak terengganu. Then g umah Ise, dpt la aku tgk membe yang aku kenal dari diploma taun 2003 smp la ke hari ni, bersanding. jeles pun ade gak sbb aku x sanding lg. Pas mkn2, borak jap, kami pun bergerak ke umah atok joe kat besut. otw tu kitorg singgah la jap beli losong, sata ( mmg sedap besut nye sata) n lepak kat jetty pulau perhentian. best view. rugi xde kamere. Kitorg tumpang mandi, jamak, lepak2, dlm kol 5 camtu kitorg kuar. thx joe sbb bg kitorg menumang jap. then g mkn mee sup something like that. joe pun xtau ape name nye, di pekan jerteh. sedap gak la.
Then kol 6 camtu, kitorg gerak balik ke KL ikut gua musang. Keadaan cuaca malam yang hujan agak melambatkan perjalanan kitorg. Alhamdulillah, sampai gak kitorg di KL about 2am.
Trip kali ni trip terjauh aku penah pegi ngn buah hati aku. Hoping dapat pergi lagi next time. Maybe 2minggu lg kne g terengganu lak, urusan bisnes lak. hahha
Gunners will always be Gunners
10:28 PM | Author: Zulfahmi Aidi


Satu permulaan yang baik bagi Arsenal bagi Season 09/10 BPL tapi seperti season yang lepas, takde rezeki nak jadi champion. Hopefully next season akan di murahkan rezeki and byk big signing utk memberikan saingan yg lebih kompetetif dan berdaya saing di peringkat BPL & Champion League. Go Gunner!!!!!!!!!!!
Latest Gadget
1:49 PM | Author: Zulfahmi Aidi


Ni my latest gadget @ collection aku taun ni. Compaq Presario CQ42. Price dlm MYR 2+++. Terkopak aku dalam keadaan takde duit ni tp terpaksa beli gak untuk menyiapkan dan menyambung rezeki yang tuhan nak. Alhamdulilah.

Semoga yang ni dapat bertahan utk 4 taun lagi.

Operate by:


Viewed by:


Running on:
4:49 PM | Author: Zulfahmi Aidi


Click to Play!
Mencari Rezeki
1:55 PM | Author: Zulfahmi Aidi
Hurm, cam dah lame gak x post kat cni. Mengenangkan keje tgh xde ni, tergerak hati ngn jari ni lak untuk menulis...

Hurm, rini da menghampiri penutup April 2010, company x mintak lg time sheet. Mean, bile la aku nak dapat gaji nye... Dapat ke tidak claim OT nye.. 20 jam tu. Dpt sejam 10 hengget pun xpe dah.

Minggu dpn, dah start May. tp.. xdpt lg offer len. Contract smp may je..

Dengan nama Allah, tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, sesungguhNYA DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba Nya dan DIA tidak akan sekali-kali menganiaya hamba NYA.. DIA lah tuhan yang Maha Kaya dan Maha Memberi
Ade ke signboard ni?
2:30 PM | Author: Zulfahmi Aidi

Jom try tgk tempat ni kawan2
10 Tips sekiranya anda di tahan polis
2:25 PM | Author: Zulfahmi Aidi
10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis

1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH ‘DITAHAN’? HANYA APABILA …
a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis

2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)
a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka

3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN
a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”
b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.


4. JIKA ANDA DITAHAN

a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan

5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA

a. Mengapa anda ditahan

6. SELEPAS DITAHAN

a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin

b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.

c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda

7. SOAL SIASAT POLIS

a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.

b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:

S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah

c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya.” Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka.

d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.

8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)

a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.

b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.

9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)

a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam

b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.

10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN

a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.

b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.